Thursday, October 13, 2011

~:: Perempuan Tak Kahwin ::~

Assalammualaikum.

Sekali lagi aku muncul untuk hari ni.
Sebenarnya tadi aku rasa macam tak nak tulis pasal benda ni.
Tapi ianya asyik berlegar-legar di kepala aku.
Dan hatiku aku meronta-ronta untuk tulis mengenai benda ni.

Ok apa yang aku nak cakap pasal perempuan tak kahwin ni?
Dulu aku selalu fikir, perempuan yang tak kahwin tu biasanya terdiri dari golongan yang tak berapa cantik dan juga golongan gemuk seperti aku.
Sebab bagi aku cantik itu adalah perempuan yang slim melim, kulit putih mulus itu adalah cantik di mata lelaki.

Tapi kebelakangan ni aku tengok semakin ramai perempuan yang tak kurang cantiknya, badan kecik molek, rupa ada tapi masih belum kahwin.
Macam mana tiba-tiba persoalan ni datang dalam fikiran aku?
Semalam masa aku lepak dengan mak aku dekat ward, ada seorang kakak dekat sebelah katil mak aku.
Borak punya borak rupanya kakak tu tak kahwin lagi.
Umur dia dah mencecah 40.
Orangnya kecil molek.
Ada rupa.
Tapi apa yang keluar dari mulutnya adalah, "tak ada orang nak."
Bila aku fikir-fikirkan, perempuan yang macam ni kecil molek dan ada rupa pun tak ada lelaki nak ke?
Sebenarnya apa kehendak seorang lelaki pada perempuan yang layak dijadikan isteri ya?
Persoalan berlegar di minda. Ada mana-mana lelaki boleh tolong jawabkan tak?

Mulai dari sekarang aku bolehlah mengubah persepsi aku mengenai perempuan yang tidak berkahwin.
Dan memegang prinsip cantik itu subjektif. Setiap orang ada kecantikan sendiri.

Sekarang ni aku tengah fikir,
Adakah zaman sekarang lelaki menunggu wanita mencari mereka?
Adakah mereka ingin mengubah tradisi mengorat?
Kalau dahulunya mereka yang perlu terkejar-kejarkan seorang perempuan yang mereka mahu, adakah kini mereka mahu yang sebaliknya? Mahu perempuan pula mengejar mereka?

Mungkinkah kerana statistik lelaki yang makin kurang di muka bumi Allah S.W.T ni menyebabkan lelaki rasa bangga diri dan merasakan mereka bebas memilih sesiapa sahaja?

Dalam dunia yang serba moden ini, populasi perempuan tidak berkahwin semakin meningkat.
Ini belum lagi dicampur tolak dengan perempuan-perempuan bekerjaya.
Kebanyakkan perempuan bekerjaya sekarang lebih rela tak berkahwin daripada berkahwin dengan lelaki yang tak berkualiti.
Aku bercakap berdasarkan pengalaman kerana aku sendiri punyai beberapa orang saudara yang umur sudah mencecah 50+ tapi tak berkahwin. Duit banyak, harta ada tapi tiada waris.

Adakah perkara ni akan berterusan? Adakaha semakin bertambah bilangan perempuan yang tidak berkahwin? Errrkkk aku akui aku takut.

3 comments :

ZuRa said...

erkkkkk.. terkesima baca weii... tp tu fakta yg kite kene akui skrg kot. aku pon "segan" gak dgn situasi ni.. huhuuhu.. sampai satu tahap cam nk kata "sy rela jaga ibu bapa sy ye".. ayat cam pernah dgr kn??? hahahahah... hope ada la jodoh tu.. lmbt or cepat tu rahsia dia.. aku teringat ko cite pasal kak ngah.. so, i follow. hehehehe

lulu said...

Tula kekadang fikir rse give up. Tp yakin je Allah da arrange some1 utk kite. Hanya tggu dan berusaha sikit...

lulu said...

Huhuhuhu hari ni skali lg mngenali seorg pompuan yg cantik. Agak seksi tp belom berkahwin pada usia 32 thn.