Friday, October 14, 2011

~:: Perempuan itu tabah ::~

Assalammualaikum..

Aku buat posting hari ni bersiaran langsung dari HKL.
Tapi apa yang aku nak cerita ni tak ada la kene mengena dengan hospital ni.

Aku nak cerita pasal seorang kakak yang menjadi jiran mak aku di katil hospital. Dia periang, banyak cakap dan sentiasa bergerak aktif. Semua orang di dalam wad itu dikenalinya.

Tapi sebalik muka dia yang tenang dan sangat peramah tu dia menghidapi penyakit yang paling ditakuti kaum perempuan.

Dia pernah menjalani pembedehan untuk pembuangan kanser payudara. Dia menyangka bahawa dia sudah sembuh sepenuhnya. Tapi tanpa disangka setelah hampir enam tahun dia disyaki menghidap tumor dalam rahim.

Sekarang doktor dalam proses pemeriksaan. Jika benda yang ada dalam rahimnya itu adalah kanser rahimnya terpaksa dibuang.

Bertapa sedihnya hati seorang perempuan yang belum berkahwin bila penyakit yang amat ditakuti golongan perempuan itu sudah ada dalam diri.

Tapi mukanya langsung tak menggambarkan sakit yang dihadapi. Dia selalu tolong mak aku itu dan ini. Orang sekeliling yang perlukan bantuan dia akan ditolong setakat yang mampu. Dia adalah perempuan yang tabah.

Semoga Allah menyembuhkan penyakitnya dan menemukan dia dengan jodoh yang amat baik satu hari nanti.
Published with Blogger-droid v1.7.4