Assalammualaikum.
Tapi kami takdelah nak kamu semua jadi sampai macam ni.
Aku baca utusan sekejap tadi. Mengenai lelaki budiman atau lebih senang kita kenali sebagai lelaki yang gentleman dikatakan semakin pupus. Benarkah ini?
Hehehe bagi aku agak betul juga la. Kalau kita tengok zaman dulu-dulu, cukuplah kita tengok dari filem-filem yang dipertontonkan pada kita. Tak kira filem melayu mahupun filem luar, semuanya menunjukkan sifat lelaki yang gentleman dan amat menghormati wanita.
Tapi kalau kita perasan pada zaman sekarang ni, lelaki seperti ini semakin pupus dan hilang dalam masyarakat. Setiap hari di dalam suratkhabar makin banyak kes-kes keganasan terhadap perempuan.
Itu adalah isu semasa. Jom kita tengok pada situasi-situasi seharian pula. Sebagai contoh kat tempat kerja atau pejabat, dahulunya apabila seorang perempuan perlu mengangkat sesuatu barang yang agak berat lelaki dengan senang hati menawarkan diri untuk menolong. Tapi pada hari ini, bila perempuan datang nak minta tolong pun seakan tak dilayan. Kadang-kadang lelaki siap buat tak nampak pada perempaun yang sedang mengangkat barang yang berat. So kat sini kita dah boleh nampak, mana nilai budiman seorang lelaki terhadap perempuan?
Oklah sebagai conclusion nya, kami sebagai perempuan ni kadang-kadang bukan nak banyak. Walau macam mana pun kami kata kami boleh berdiri sama tinggi macam lelaki, kami akui tetap tak sama. Kami tetap insan yang lemah. Jadi kami mintak orang lelaki lebih menghargai kami ni sebagai perempuan. Berterima kasih pada apa yang kami dah lakukan untuk kamu, membantu apa yang perlu, tidak terlalu berkira dalam melakukan sesuatu.
Ini hanya pendapat peribadi aku dan apa yang aku lalui sendiri. Jadi jika ada yang terasa seperti terkena kat batang hidung ke, kena tempek kat muka ke, jangan salah faham. Sebab aku memang tak maksudkan sesiapa pun. Ini adalah pendapat umum aku.
p/s: susah la nak cari calon suami kalau dah macam ni. Haaaaiii la nasib..
6 comments :
setuju... perempuan mmg perlukan lelaki budiman utk menjaga dorg... ttp lelaki skrg bnyk jadik binatang huhu...
Erm betul tu. kalo x smpai jadi binatang pun, sifat gentleman dan hormatkan perempuan tu dah hilang dalam masyarakat lelaki terutama melayu.
Wahhh.. bersetuju sgt2 gdn segala ayat ko tu beb.. secara generalnya benda tu mmg happen xkira kt tmpt keje, sekola or tmpat awam. Dah mcm satu kebiasaan pon ada gak aku nengoknya..
Dari sudut laki:
1. ala.. asik aku jek kene tolong dia.. bende camtu pon xleh wat.
2. ingt aku kuli die asik nk suruh? Klu awek@bini aku xpe gak.
3. bdn jek beso, bende camtu pon nk mintak tlg.
4. bio die angkt,, aku nk tgk leh ke x? hahaha
5. bnyk cantik lelaki jek kene bayo.. kopak la. Mn fakta blaja tah.
6. xkire, jnji aku dpt duduk dlm bas ni.. aku nk naik dulu. Haha
Dari sudut pmpn:
1. leh je sy wat awk oi.. tp alang2 kamo ada ni leh la tolong. kn kamo yg ada kudrat lebey.
2. ye kamo bkn kuli & sy bkn bos. Sy bkn m’yuruh. Sekadar mintk tlg. Bkn mintk duit. Klu sy cun@awek@bini kamo baru kamo tlg la?
3. ye bdn sy beso. Tp sy pmpn dimana kudrat sy xsekuat kamo & ada bende sy nk pki lama.
4. kami mampo jek angkt tp dimana letakny “kemaluan” & ego kamo melihat kami melalukanny?
5. kami bkn teringin sgt nk soh kamo bayo. Nk tgk sejauh mn keiklasan utk kamo hulur dulu. Ms ni la nk tgk kamo calon yg pmpn leh wat laki ke x.
6. kami x ksh pon berdiri dlm bas tu. Not a big deal pon. Cuma ktorg sedey sbb betapa kebalny ati kamo utk biarkn kami berdiri.
Alamak pnjg lak.. dah cam blog aku yg pny lak.heheheh. 1 lg situasi yg aku nk share ialah pasal laki selalu rasa watpe je nk bg pmpn bunga. Bazir. kang jap je dah layu. Ye kami akui bunga tu akan layu. Tp korg tau x bunga tu akan mekar dlm ati kami setiap masa? Klu leh rasa nk bgtau satu donia ktorg dpt bunga. Ada tu sampai bgtau anak cucu pasal atok die prnah bg bunga. So leh x u guys bygkn berapa lama bunga RM5 korg tu mekar dlm ati kami?
Kdg2 bkn duit kami mahukan. Cuma sekadar ucapan terima kasih yg korg ucapkan atas apa kami wat. Bkn tau kritik aje. Bile korg ucap jek terima kasih, segala penat lelah kami seakan berbayar. Rasa geram sbb pnt pon hilang camtu jek. Bukan kami x iklas wat keje. Nk tgk sejauh mana kamo hargai kami. Ada gunanya juga kami di sisi kamo. WALAU SIAPA PON PMPN ITU, CANTIK ATAU TIDAK, KAMI TETAP INSAN YANG LEMAH YG MASIH PERLUKAN LELAKI WALAU SEKUAT MANA PON KAMI MENCUBA. ITU LUMRAH..
Curlaassstttt ko zura. Komen yg sgt membina atau lebih layak dipanggil luahan perasaan kot. Tp mmg da btol sgt la tu.. Kita x mntk bnyk kn gegurls skalian. Penghargaan da cukp wat hati kita kembqng setaman...
luahan perasaan kah??? alahai.. tapi aku x tujukan pada sesape tau.. serius.. ni luahan ati seorg pmpn.. ko pn mesti pernah lalui gak kn??? klu nak nek LRT tu, sampai sume pmpn die tolak.. dah mcm buldozer pn ada aku rasa. hahahahah.. seb terpaksa akui still ada lelaki yg bek.. klu tetibe dorg berubah dpn mata kite ni, xtau nk kata pe lg. kite sekeh jek pale die.. hehehe
Mmg btol tu.. Lelaki berkualiti da semakin kurang. Slalunya mereka nk bersaing dgn kita wlaupon tau kita x mampoo menandingi kita.
Post a Comment