Monday, October 31, 2011

~:: Allah akan bagi apa yang aku perlu, bukan apa yang aku mahu. ::~

Assalammualaikum.

Tajuk kat atas ni tajuk filem ke? Ke tajuk novel?
Hahahaha dua-dua pun bukan.
Kenapa dengan tajuk ni?
Ok mari bercerita.

Baru sekejap tadi sebelum aku buat posting ni, aku tengah baca terfaktab..
Dalam salah satu posting, ada tertulis ungkapan yang ditulis oleh salah seorang penulis, yang diungkap oleh cousin dia, "Allah akan bagi apa yang aku perlu bukan apa yang aku mahu." lebih kurang macam tu lah ayat dia.

Kenapa aku sangat berminat nak tulis pasal ni?
Ayat ni sebenarnya membuatkan aku terfikir beberapa perkara.
Salah satunya adalah mengenai jodoh kita.
Kadangkala kita selalu mengimpikan sesuatu di luar jangkaan.
Contohnya kita mengimpikan seorang lelaki yang soleh, kacak, berharta sebagai suami kita.
Tapi sedarkah kita bahawa setiap apa yang kita impikan itu diluar keperluan kita?
Kalau kita berfikir mengikut nafsu, semua itu adalah keperluan kita.
Tapi cuba kita fikir mengikut akal fikiran. Semua yang kita impikan itu hanya nafsu semata.
Jika Allah telah tuliskan rezeki kita berjodoh dengan orang yang betul-betul seperti dalam impian kita, itu suratan takdir. Kita wajib bersyukur.
Tapi jika tidak, adakah kita akan meninggalkan orang yang mungkin dijodohkan untuk kita, semata-mata untuk memenuhi apa yang kita impikan?

Aku sendiri pernah melalui frasa dibutakan cinta,
apabila aku nampak ex aku tu hensem walaupun sebenarnya tak..
Aku juga pernah melalui keadaan dimana aku sanggup menerima si ex aku walaupun beliau tiada pekerjaan tetap dan belum tentu mampu untuk menyara kehidupan aku dan dia selepas kahwin.
Aku juga hampir membuat keputusan terburu-buru kerana sangat sayangkan dia sampai tak memikirkan masa depan sendiri.
Semua ni aku lakukan tanpa sedikit pun fikir yang aku pernah mempunyai impian untuk memiliki seorang lelaki yang sempurna sebagai teman hidup aku.
Dan di waktu ini aku merasakan hanya dia yang aku perlu dalam hidup.

Tapi aku salah. Dia bukanlah yang aku perlukan dalam hidup.
Seseorang yang lain telah Allah aturkan untuk aku.
Cuma cepat atau lambat sahaja untuk aku sendiri mengetahui siapa dia.
Sebab tu aku sangat suka ayat tersebut. Sebab Allah maha mengetahui.
Dia akan aturkan sesuatu yang kita perlu dalam menjalani hidup.
Jadi tak perlulah kita mengimpikan sesuatu mengikut kemahuan kita sahaja.
Macam berangan nak ngorat doktor.
So sebaiknya kita tunggu apa yang telah Allah rancangkan untuk hidup kita.
Berusaha? Insyaallah. Tapi perlu beringat.
Bak kata orang tua, jangan mengejar impian setinggi bintang di langit, sehingga permata di depan mata dilepaskan begitu sahaja. Eh betul ke ada peribahasa macam ni ye?

Adeh nasib baik ni rumah repekkan. Kalau rumah ilmiah, konfem kena maki sebab posting-posting tak ilmiah ni.

~:: Besday Twins ::~

Assalammualikum.

Sekali lagi mengupdate belog ini. Semalam Ahad, 30 Oktober 2011, jiran depan rumah aku, atau lebih dikenali sebagai Along atau lebih mudah aku terangkan sebagai kakak kepada kawan aku, Ain buat majlis hari lahir anak kembarnya beserta besday beliau sekali.
Korang paham ke apa yang aku cuba sampaikan ni? Tak paham? Buat-buat jela paham.

So disebabkan Ain beria-ia nak aku bawa Athiya dan Alana, gegeh la dia jemput kanak-kanak riang berdua tu. Nak cerita banyak pun, aku dah tak tau nak cerita apa. So tengok jela gambar-gambar yang aku dan Ain snap semalam.

Ok dari kiri, besday twins bersama kezen mereka Wafi.

Ni anak buah aku, Athiya gegeh menunggu belon dari CikLin.


Dah macam pesta belon dah ni.

Makanan yang sedap belaka.

Ni kek yang dibuat oleh chef Eye Scha. Angah Ain ler tu.

Alamak berlaku perebutan kuasa. Adik amik rete orang la plak.

Seronok Alana dapat main kete.

Ini Iqbal. Kalau tak salah aku la. Konpius.

Ini plak Afiq kot.

Besday kek yang bertemakan purple. Feveret kaler mama diorang.

Aku ngan Alin gegeh posing dengan Thiya yang terpaksa.

Merajuk + Penat = Nanges Lebat..

Semua pakat-pakat nak moncong gak.

Besday boy potong kek sambil tengok kamera.

Thiya & Alana yang gegeh tunggu kek.

Thiya suap CikLa makan. Bila CikLa ambil sudu dia cakap, "Haip dont touch."
Adeh anak buahku.

Ha kalau dah namanya kembar, cara baring pun nak sama hokay.

So overall majlis berjalan dengan lancar. Walaupun hari hujan, hujan rahmat ok. Semua makan dengan gembira. Kembar ni dah mencecah 1 tahun. Rasa sekejap je masa berlalu. Feeling tua sudah CikLa ni.
Lepas ni generasi kanak-kanak dekat area rumah tu tinggal generasi yang akan memanggil aku CikLa.
Adeh makcik da tua.



~:: Brand Forest Timber? ::~

Assalammualaikum.

Hai kekawan semua. Apa benda merepek tajuk aku hari ni? Sebenarnya aku tengah nak cerita pasal wallet baru aku. Diulangi, wallet baru hokay.

Buat pertama kalinya, aku terbekenan dengan jenama Forest Timber atau lebih dikenali dengan nama F.Timber. Apa yang aku nak kecoh sangat pasal jenama ni? Sebenarnya bagi aku, F.Timber ni selalu mengeluarkan produk yang agak mahal jika dibandingkan dengan patternnya. Kenapa? Sebab aku rasa pattern yang dikeluarkan menampakkan barangannya berkualiti rendah and so cheap punya rupa. So aku lebih senang beli produk Polo Bennedetti yang harga lebih kurang tapi nampak lebih expensive and classy.

Tapiiiiii now aku tengok F.Timber semakin memperbaharui produk mereka. Sebab aku dah mula nampak ada design-design handbag dan wallet yang semakin cantik dan nampak classy. So masa aku jalan-jalan kat Sungei Wang hari tu, terberkenan satu wallet yang sangat cantik. Dan dengan tak sengaja, disebabkan aku memang tengah cari wallet aku pun terbeli wallet ni, dengan Zura sekali aku paksa beli. Hahahaha mampoo nak paksa-paksa orang?

Namun wallet pertama tu bukan rezeki kami. Jangan ditanya kenapa.. Tapi kami tetap merasa untuk pakai wallet yang sama ini. So lihatlah wallet kami ini..

Wallet pertama yang sama dibeli di Jalan TAR.


Wallet baru beli di Sungei Wang.

Transformasi wallet. Dari wallet macam kanak2 kepada wallet orang dewasa.

Friday, October 28, 2011

~:: Model Muslimah? ::~

Hahaha posting kedua untuk hari ini.

Assalammualaikum.

Model muslimah? Siapa? Apa? Bagaimana? Dimana?

Ape daaaa~~

Malas nak cite panjang. Apa-apa pun Alana Imtiaz Az-Zahra memang comel pakai macam ni.











~:: Red Wok Yummy ::~

Assalammualaikum ols.

Apa khabar semua orang? Aku? Sihat je. Walaupun tau takde siapa nak tanya kan? Hehehehehe~..
Harini again cerita makan. Korang muak nak baca? Suka hati korang la. Yang penting aku memang suka makan dan cerita pasal makan.

Kali ni aku, Zura ngan Pyan mengenyangkan diri di Red Wok Restaurant Bangi. Macam mana boleh sampai ke Red Wok ni? Erm ceritanya kami mulanya nak menjamu selera dengan menu kambing pada petang tu. Malangnya di saat-saat akhir Inchek Pie'e mengcancelkan segala rancangan atas alasan terlalu banyak kerja.
Disebabkan beliau tak dapat nak bawa kami ke tempat makan kambing, kami pun dengan gegeh mengugut Pyan untuk pergi ke Red Wok ...

Sampai je restoran tu, dalam hujan lebat, kami redah je. Dah masuk ke dalam tu, apa lagi mula la mata meliar tengok makanan. Lepas staff dia dah set up meja, kami menuju ke buffet line nye. 



Kami pun ambil pinggan dan ambil semua makanan yang berkenan di hati. Tapi kami ambil makanan basah ye. Bukan makanan yang siap di masak. Tak thrill la kalau makan yang dah siap masak.





So lepas dah ambil semua yang berkenan, Pyan yang standby di meja, diarahkan untuk masak. Jom kita main masak-masak.






Erm agak lama la jugak kami menanti dengan sabar untuk makanan ni semua masak. Ada udang, ketam, ikan, ayam, daging, macam-macam lagi la sampai tak terkata dah. Cendawan yang bermacam-macam jenis lagi. Memamg sesap oi!...


Yang ni gambar model Red Wok.

Gegeh aku nak sepit udang tau tak?

Ni pon sama nak jadi model.

Muka yang serius menghadap makanan.

Bersedia untuk makan..

So dengan harga ini, korang boleh makan sampai kenyang kemudian lapar balik dan kenyang semula.

Sebelum mengakhiri aku nak berterima kasih pada orang yang telah sponsor makanan aku pada hari ini. Siapa orangnya biarlah menjadi rahsia. Dan tahniah juga kerana kejayaan yang diperoleh oleh beliau.

p/s: disebabkan aku feeling-feeling diva, rasa macam blog aku ni ada stalkerina, lebih baik aku tak mention nama orang tersebut.


Tuesday, October 25, 2011

~:: Cik Viva ku Eksiden ::~

Assalammualaikum.

Dah beberapa hari aku tak meng'update' belog ini. Sebabnya? Apa sebabnya? Aku punya suka lah sebab apa. Wakakakakaka. Sengal. Ok balik pada topik asal.

Sebenarnya hari sabtu hari tu, Cik Viva aku mengalami kemalangan. Sebelum cerita kemalangan marilah kita bersama-sama flashback balik cerita pada hari itu.

Pagi tu dengan gumbiranya cek gaji. Alhamdulillah gaji dah keluar. So sebab eksited sangat gaji dah keluar, aku ajak Zura meroyan ke Sungei Wang Plaza. Entah apa sebabnya aku pun tak tahu. Yang penting, orang cakap, benda dah nak jadi, so macam-macam boleh jadi penyebab. Tak pernah-pernah meroyan nak pergi Parkson Sungei Wang tiba-tiba je nak pergi. Sampai kat sana terus menuju ke tempat tujuan utama. Nak cari wallet. Al-maklumlah walaupun duit tak banyak mana, wallet seploh hengget aku ni da mula koyak. Tak sangka buat pertama kalinya aku boleh terbekenan dekat design F.Timber. brand yg selama ni aku tak minat langsung. Lepas tu terus jalan menuju je tempat jual baju. Oh mai mai mai. Discount up to 70%. Baju yang RM70-80 hengget tinggal RM30 je. Aku sambar sehelai, Zura pun sambar sehelai. Dah setel pergi bayar. Lepas tu kaki masih gatal nak berjalan. Pergi pula ke Time Square. Masa ni memang tak beli apa-apa pun. Sebab, aku dah semangat nak beli satu baju, malangnya satu perkataan keluar dari mulut cina kedai tu membuatkan aku patah hati nak beli. Memang bukan rezeki kau lah apek. So tak jadi beli apa-apa dalam TS. Keluar dari TS aku masuk kedai aksesori. Niat hati nak belikan anak buah hair band. So beli la RM10 untuk 3 hair band. Dah selesai kami pun menuju ke parking kereta di Low Yat.

Masa cerita kat blog ni hari ni, aku baru perasan, banyak benda yang menghalang perjalanan aku pada hari tu sebenarnya. Mula-mula tak dapat parking. Dah setengah jam pusing masih tak dapat. Bila dah give up dan nak keluar dari situ, tiba-tiba je ada satu kereta keluar betul-betul depan kereta aku. So tak jadi give up, teruskan misi shopping.

Dah bayar parking kereta semua, terjadi lagi satu kejadian malang tanpa kami sedari. Sekali lagi aku nak cakap, benda dah nak jadi, macam mana pun tak boleh nak elak. Dah bukan rezeki kita ya Zura. Apa kejadian tu, lebih baik tak diceritakan.

Masa perjalanan balik tu lah Cik Viva akhirnya mengalami kemalangan. Aku masa tu ingatkan salah aku sebab terlalu laju. Tapi bila fikir balik, aku tekan tak sampai 100km/j pun. Yela kalau kau nak tukar lorong, kereta belah kanan tengah laju, takkan kau tekan laju kan? Logik tak? Aku jadi pelik. Sekali budak tu bagitau kereta depan dia break mengejut. So tak boleh nak cakap apa dah. Kalau pergi buat report polis pun aku tetap salah sebab langgar bontot kereta orang. So setel luar je pasal budak tu punya kereta tak teruk sangat pun. Aku decide budak tu buat kereta dia dekat kedai area rumah aku sebab aku tak nak die ketuk duit aku habis-habisan. Tapi belum buat lagi la. Pasal budak tu study lagi. So minggu ni busy katanya. Suka hati kau lah dik. Kereta kau bukan kereta akak. So Cik Viva aku pula, aku terpaksa uruskan untuk claim insurans sebab bila dah di tilik memang agak teruk keadaan Cik Viva.

Semalam aku dah setel kan semua urusan, jadi Cik Viva ku dah dimasukkan ke klinik kereta a.k.a bengkel.

Nak cerita detik kemalangan, aku pun tak reti nak cerita macam mana. Yang aku tau, aku bersyukur sangat-sangat sebab aku dengan Zura tak apa-apa. Thanks Zura sebab kau ingatkan aku. Kalau tak dah macam-macam sumpah seranah keluar macam orang tak ingat Allah. Dah la tak nak cerita lagi. Setiap kejadian ada hikamah di sebaliknya.

Hood bonet da kemek. Bumper bawah tu aku pun tak perasan kemek.

Amik. Sampai terangkat tu.

Nasib baik lampu tak pecah.

Kesian Cik Viva.

Thursday, October 20, 2011

~:: Dah Kena Fikir Pasal Jodoh? ::~

Assalammualaikum.

Betul ke kalau umur dah mencecah 25 kita dah kena start fikir pasal jodoh.
Kenapa aku merepek benda ni pagi-pagi?
Errkkk sesapa yang cakap aku gatal nak kawen sangat tak membantu hokay. Saya tak perlukan semua komen seperti itu.
Ceritanya macam ni, semalam mak aku discharge dari hospital.
Sementara nak menunggu urursan semua settle, ada beberapa orang student nursing datang berbual-bual dengan aku.

Borak punya borak sekali terkeluar lah bab kahwin. Meh la aku letak sikit dialog antara aku dan adik-adik student ku semalam.




S1 : Akak dah kahwin?
A   : Belum la. Kenapa muka akak dah macam orang dah kahwin ke?
S1 : Eh takdelah. saya tanya je.
S3 : Bila akak nak kahwin?
S2 : Mesti dah ada calon kan?
A   : Tak ada lagi lah. Kenapa nak tolong carikan ke?
S3 : Ah tipu lah kalau akak kata akak tak ada calon. Mesti ada ni.
A   : Baru awal tahun ni putus cinta. Mana nak ada calon. (mintak simpati ke hape ni?)
S3 : Ala tapi mesti hati dah sembuh tu.
S1 : Ha ada la calon. Abang saya ada.
A   : Errrkkk eerrmmm arrrrr... (tak terkata apa)
S1 : Saya gurau jelah akak. Hehehehehe...
S2 : Alah kan ramai doktor kat sini kak. Mana tau tersangkut sorang.
A   : Amiiiiinnnnnnn (Hehehe gatai no..)
S4 : Sekarang kak, apa orang cakap kena amin kan aje.
A   : Ha dah betul sangat la tu. Kawan akak pun cakap benda yang sama.
S1 : Ha oklah tu kak. Doktor ramai kak. Nanti mesti ada tersangkut satu.
A   : Amiiiiiinnnnn.. (Hahaha sekali lagi?) Tapi ada ke orang sekarang yang nak kahwin tak fikir pasal
        duit?
S3 : Ada lah kak. Orang umur macam akak mesti tak fikir.
A   : Eh akak fikirrrr... Mesti la kene ada duit. Makan pun pakai duit sekarang ni. 
S3 : Tapi susah la nak cari lelaki setia kan kak?
A   : A'ah susah sangat. Akak punya ciri-ciri senang je, akak nak yg beriman (tgn tunjuk duit),
        penuh kasih sayang (tgn tnjuk kereta) dan baik hati (tgn tunjuk rumah) cukuplah....

Semua: Wakakakakakaka Hahahahahahaha Kihkihkihkihkihkih (Gelak besar)

S4 : Eh siapa kata lelaki tak setia. Ada je tau (mungkin merujuk pada boyfriend sendiri)
S1 : Nanti akak kahwin jangan lupa jemput kami tau.
A   : Ha? nak jemput macam mana? Tau kamu dekat mana pun tak. Kalau ada dekat FB boleh la.

Semua kecuali aku : Haaaaaaa nak add FB akak. Nama Fb akak apa? Cepatlah kak.

A  : Macam ni lah, kamu semua tulis email kamu, nanti akak add kamu ye.
S1: Akak nak jadikan akak kakak angkat boleh tak?
A  : Boleh je. Akak memang ada bersepah-sepah adik angkat. Hahahaha
S1: Yeke kak? Ramai ke?
A  : Tak la ramai tapi ramai gak la. Hehehe..
S1 : Ok nanti saya request sister ye. Boleh2 tak ada masalah.
S2 : Harap-harap la akak kahwin cepat.
A  : Doa-doa jelah akak jumpa jodoh yang baik ye. Heheheehe


Dah la yang lain-lain cerita tu tak payah la aku nak masukkan. Ini adalah serba sedikit perbualan aku dengan budak-budak tu semalam. sedikit ke?

Mungkin pada umur mereka yang belum mencecah 25 tahun mereka dah memikirkan pada umur 25 mereka perlu berkahwin. Aku rasa masa kita zaman belajar dulu pun kita pernah fikir benda macam tu. Bagi kita umur 25 tu adalah masa yang tepat untuk membina sebuah keluarga. Tapi apabila kita mula menjalani kehidupan sebagai wanita yang bekerja, kemudiannya kita putus cinta, aim untuk kahwin pada umur 25 tu semakin lama semakin menurun.

Tapi bila aku dikelilingi pertanyaan seperti ini, secara automatik aku berfikir, betul ke pada umur 25 ni aku dah kena ada aim untuk build a family?

Erm entahlah hanya Allah S.W.T maha mengetahui apa yang telah diaturkan buat kita.


Adakah mampoo?? Hahahahaha








p/s: Dengan harapan aminkan segala percakapan orang mengenai jodoh tu, aku bertemu jodoh nanti. Hehehehehehe....





Monday, October 17, 2011

~:: Wedding jiranku ::~

Assalammualaikum.

Setelah berlagu-laguan, bernyanyi-nyanyian di pagi hari ini, aku nak upate paal wedding lagi. Rajin sangat la pula aku pergi wedding ye tak?

Sebenarnya wedding ni berlangsung pada hari Sabtu sebelum wedding nemo haritu. Tapi disebabkan segala gambar ada dalam kamera, dan kamera pulak selalu tertinggal di rumah, maka hari ni lah baru aku update pasal wedding ni.

Wedding ni diadakan di Dewan International Youth Centre di Bandar Tun Razak. Ni juga adalah tempat berlangsungnya wedding abang beliau pada tahun lepas.

Aduh entah kenapa dah malas nak cakap banyak. Tak ada apa yang sangat menarik pun. Tapi memang semuanya cantik.